Tuesday 15 July 2014

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014. Seperti yang diketahui umum, harga lesen memandu untuk kereta iaitu kelas (D) dan lesen motor iaitu kelas (B2) akan dinaikkan bermula 14 Julai 2014. Kenaikkan harga lesen ini berikutan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dinaik taraf oleh JPJ mulai 14 Julai 2014. Pembaharuan dalam pengambilan kelas memandu ini merangkumi 3 elemen yang dinaiktaraf iaitukelas KPP, buku teks KPP sukatan pembelajaran baharu, dan juga format ujian berkomputer. Berikut disenaraikan harga baru untuk lesen memandu kereta dan motor.

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014

Gambar Hiasan

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014


Mulai 14 Julai 2014 harga lesen memandu Kelas D dan Kelas B2 akan dinaikkan seperti berikut.
* Kereta Kelas D – RM 1300 akan naik ke RM 2000
* Motorsikal Kelas B2 – RM 600 (termasuk yuran lesen) akan naik ke RM 1050

Senarai Harga Baru Lesen Kelas D (Kereta Manual)


Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014

Senarai Harga Baru Lesen Kelas B2 (Motorsikal)

Sumber:
Nizarazudotcom

Thursday 10 July 2014

Bank Negara umum kadar faedah naik 3.25%

  • Bank Negara umum kadar faedah naik 3.25%

    8:46PM Jul 10, 2014
    Bank Negara Malaysia hari ini memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada kadar 25 mata asas kepada 3.25 peratus.

    Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari.

    Perubahan ke atas OPR itu antara lainnya akan menjejaskan kadar pinjaman asas dan kadar faedah jangka pendek.

    Ia termasuk kadar faedah untuk pinjaman perumahan.

    Ikuti laporan penuh di KiniBiz.

    Sementara itu, laporan Bernama yang memetik BNM menyebut, berikutan keputusan itu, kadar terendah dan kadar tertinggi koridor OPR masing-masing dinaikkan kepada 3.00 peratus dan 3.50 peratus.

    Pada kadar OPR baharu ini, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi negara, kata bank pusat dalam satu kenyataan.

    OPR tidak dinaikkan dalam tiga tahun lepas, sejak Mei 2011.

    Menurut BNM, selepas menjadi sederhana pada suku pertama, ekonomi global telah kembali pulih secara beransur-ansur.

    "Aktiviti ekonomi di negara-negara maju utama terus berkembang pada kadar yang sederhana.

    "Di Asia, pertumbuhan disokong oleh sektor luaran yang bertambah baik di samping keadaan permintaan dalam negeri yang terus berkembang. Dalam persekitaran ini, pasaran kewangan antarabangsa telah secara relatif kekal stabil, " katanya

    Bank pusat berkata bagi ekonomi Malaysia, penunjuk terkini menunjukkan eksport dan aktiviti sektor swasta terus kukuh.

    "Pada masa hadapan, momentum pertumbuhan secara keseluruhan dijangka berterusan," katanya.

    BNM berkata eksport akan terus mendapat manfaat daripada pemulihan dalam ekonomi maju dan permintaan serantau.

    "Aktiviti pelaburan dijangka kekal teguh, didorong oleh sektor swasta," katanya.

    Menurut bank pusat, penggunaan swasta akan disokong oleh pertumbuhan pendapatan yang stabil dan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan.

    "Oleh itu, prospek ekonomi Malaysia dijangka terus kukuh pada landasan pertumbuhan yang stabil," katanya.

    Bank pusat berkata inflasi secara relatif adalah stabil disebabkan kesan daripada pelarasan harga bagi utiliti dan tenaga terus menjadi sederhana.

    "Inflasi yang didorong permintaan terus terkawal.

    "Pada masa hadapan, inflasi bagaimanapun dijangka terus melebihi kadar purata jangka panjangnya disebabkan oleh faktor kos domestik yang lebih tinggi," katanya.

    "Dalam keadaan prospek pertumbuhan yang kukuh dan inflasi yang kekal melebihi kadar purata jangka panjangnya, MPC mengambil keputusan untuk menyelaraskan tahap akomodasi monetari," katanya.